Monday, 18 June 2012
lirik lagu azizah
Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira
Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah
Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah
Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga
Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira
Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah
Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah
Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga
Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah
Lirik Lagu Kalau Kaca Menjadi Intan - P.Ramlee
Kalaulah kaca menjadi intan
teranglah malam
di taman kenangan
Kalaulah bulan jatuh ke riba
nikmatlah insan
di taman dunia
Sudah kutenung dan kupandang
makin kurenung makin sayang
Sudah kutenung dalam kitab
makin kurenung berdetup-detap
Walau apa terjadi sehidup semati
marilah kekanda pujaan hati
Minta pada tuhan biar panjang umur
jangan mati dulu
ooooooo...ooooo
(jangan mati dulu tuan puteri)
Bulan dan bintang menjadi saksi
di malam kenangan
berpegangan tangan...
lirik lagu jangan tinggal daku
Jangan tinggal daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita
Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Andai dinda pergi
Daju teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita
Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Andai dinda pergi
Daju teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Tuesday, 12 June 2012
Review from fan of P.Ramlee The Musical
One word. Amazing!
I was lucky this time around for getting tickets, I missed out the first time. I have to say it was absolutely brilliant. From the first scene to the last. The music score, the stage, everything was spot on.
Musly as P.Ramlee was phenomenal, when he sings you could just here P.ramlee's voice. He was incredible as P.ramlee. Most of the time I was amazed by the set, I guess I've never watched such a big scale musical show where all the props and stage were moving up and down. I have to give props to the orchestra, they were brilliant! The new songs were great as well, very catchy and I'm still singing some of the songs in my head. haha.
The story is about P.ramlee's life, about his movies, music and his wives. I think all the actresses were absolutely gorgeous and amazing. Emilda who played P.ramlee's first love was so pretty, I only knew her from menjalara, hee. Atilia was one of my favorites, she was so adorable and so small but her voice was AMAZING. I can't believe that the big voice was coming from such a small person. When she decided to leave p.ramlee it was very sad. Melissa Saila played P.ramlee's second wife Nurizan. She was awesome, very bitchy. Her singing was okay I guess coz she's not really a singer. But the star of the night was definitely Liza Hanim as Saloma. Her voice was absolutely brilliant!!! The other cast members were also brilliant!!!I love the dancing, and the songs.
The story begins with P.Ramlee back in Penang before he was famous and he wrote one of his popular songs "Azizah" for a girl that he loved very much. He was big in his kampung and was the talk of the town. P.Ramlee was offered to work in Singapore, so to pursue his dreams he went and left penang. There he met his first wife, Junaidah and they got married. But when P.Ramlee's star was rising, Junaidah could not handle his husband's fame and decided to leave him. A broken hearted P.Ramlee then met with his future second wife, Nurizan and he also got the chance to direct his first movie, Penarik Beca. A story about forbidden love due to the different family background. The movie was an instant hit and he became very busy which put a strain on his relationship with his wife and they also separated. P.Ramlee then met Saloma which became his last wife till the day he passed away. The story ended when Singapore was seperated from Malaya and P.Ramlee had to move to Kuala Lumpur. He and Saloma reminisce their life and he sang Air Mata di Kuala Lumpur which was so meaningful as it reflected his life which at that point, he was not sure whether he would be remembered or not.
The story was a mixture of beautiful songs, tears, anger, happiness,love and also about a man who became a legend. A man that is irreplaceable.
There's nothing to hate about this show. I hope it will come back! I don't mind watching it for the second time. I also hope that people from around the world can watch the brilliant P.Ramlee on stage and appreciate his music and movies.
source from http://mizzcraze.blogspot.com/2008/06/pramlee-musical.html
Wednesday, 23 May 2012
Mengenang Melodi, Irama dan Lagu P.Ramlee
KUALA LUMPUR, 22 OKT 2010:
Selain dari filem-filemnya yang sentiasa meninggalkan kesan di hati penonton, satu lagi cabang seni yang menjadi medan untuk Seniman Agung Negara, Tan Sri P.Ramlee menyerlahkan bakatnya adalah menerusi bidang muzik.
Sama ada dari segi nyanyian dan penciptaan lagu, P.Ramlee telah punm membuktikan bakat serta kebolehannya yang sanghat luar biasa. Malah, P Ramlee juga boleh menyanyi, bermain muzik, mencipta lagu, dan menyusun/mengarah muzik.
Karya muzik P.Ramlee merangkumi pelbagai aspek irama dan genre yang ada. Tidak kisah sama ada lagu itu adalah dendangannya sendiri atau hasil nyanyian penyanyi lain, lagu-lagunya sentiasa kedengaran kreatif dan segar.
Daripada lagu berbentuk perayaan seperti Selamat Hari Raya dendangan Ahmad Jais, lagu islamik seperti Rukun Islam, lagu Joget Malaysia yang menerapkan unsur patriotik, lagu kerakyatan seperti Joget Si Pinang Muda, semuanya telah dieksperimentasikan oleh P.Ramlee.
Karya P.Ramlee tidak bosan untuk kita mendengarnya, bahkan indah kedengaran di telinga kita. Pembawaan suaranya menggema merdu, lagu-lagunya membawa irama manis. Menjadi nyanyian dan siulan umum. Terkenalnya lagu-lagu itu bertambah terpuja nama P.Ramlee sebagai bintang filem dan sebagai biduan.
Tidak mustahil sehingga ke hari ini pelbagai versi nyanyian semula telah dihasilkan. Namun, tetap versi asli juga yang menjadi pilihan pendengar kerana mungkin keaslian suara atau susunan muzik itu yang meninggalkan kesan mendalam.
Berikut adalah sebahagian antara lagu-lagunya yang jarang kita diperkatakan, namun mempunyai melodi terindah yang menyebabkan kita terpesona mendengarnya.
1) Malam Bulan Di Pagar Bintang
Lagu ini didendangkan oleh watak Ramli dan Rose dalam filem Pendekar Bujang Lapok sewaktu Ramli menemani Rose yang menjahit seluarnya yang terkoyak ketika latihan silat. Senario yang lucu, namun bait-bait indah dan romantik menyebabkan kita lupa seketika akan jalan cerita file mini yang sepatutnya lucu. P.Ramlee bijak mengubah perasaan kita dari ingin ketawa kepada hanyut terkenang indahnya percintaan
2) Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Satu lagi permainan jiwa di mana senario lucu diubah menjadi suasana romantik. Abdul Wahub dan isterinya, Ghasidah diarahkan bapa mertua untuk tidur di kandang kuda. Namun itu tidak menghalang suami isteri ini dari mencurahkan kasih sayang antara satu sama lain. Lirik lagu yang menyentuh hubungan rumah tangga serta penuh dengan nasihat ini adalah sebagai tanda tolak ansur di antara Abdul Wahub dan isterinya yang sebelum ini 'menjual mahal' antara satu sama lain.
3) Ya Habibi Ali Baba
Dendangan irama timur tengah, diadunkan dengan lirik penuh unsur lucu dan bodek, susunan muzik yang mengasyikkan, kena pula dengan babak menari oleh Ali Baba yang sedang berhibur dengan saudagar minyak tanpa mengetahui sahabat barunya itu adalah seorang ketua penyamun. Tidak termasuk lagi bait-bait akhir lirik di mana ketua penyamun bersyair: Celaka.......punya penyamun, sial! Bikin rosaklah ana punya program......Mungkin sudah ada pembaca yang ketawa menahan perut ketika ini.
4) Ketipang Payong
Lagu ini sangat jarang diberi perhatian, namun dibawah sedar. Semua tahu akan lagu ini malah akan bersiul-siul apabila mendengarnya. Dendangan Rahmah Rahmat sebagai penari istana ketika majlis pertabalan Pak Belalang sebagai Ahli Nujum Negara. Tidak lupa babak di antara Puteri Si Bujur Sireh dan dayangnya yang ditimpa perasaan kononnya dia lebih sepadan dengan Pak Belalang.
5) Nenek Nenek
Tidak dipastikan sama ada ini adalah lagu rakyat atau lagu ciptaan P.Ramlee, kerana ketika artikel ini ditulis, lagu ini dibawah senarai lagu ciptaan seniman agung ini. Apa yang pasti, lagu ini mudah melekat pada diri kita kerana iramanya yang merdu. Watak Puspawangi ketika bermain bersama rakan-rakannya, kemudian tersalah pilih dan terkena pada Tun Nila Utama antara detik pertemuan hero dan heroin yang menjadi pengasas adengan klise pelbagai genre filem selepas eranya.
6) Ubat
Tak disangka, lagu yang dinyanyikan tiga sekawan Do, Re dan Mi sewaktu menipu pengguna untuk membeli ubat mereka mempunyai irama yag apa katakan pada zaman moden ini sebagai catchy. Terngiang-ngiang di kepala kita akan melodi lagu ini serta terfikir, sejenis material seperti ubat pun mampu dijadikan lagu oleh P.Ramlee.
7) Aduh Sayang
Lagu ini didendangkan dalam filem Ragam P.Ramlee. Filem muzikalnya yang menghimpunkan pelbagai lagu yang tak pernah ditampilkan dalam filem lain. Video muzik menyaksikan dua watak P.Ramlee yang bertemu satu sama lain kemudian hairan melihat watak yag satu lagi. Liriknya menceritakan dilemma seorang pemuda yang gila bayang pada masa yang sama gadis idamannya itu sudah dikebas orang.
Begitulah sebahagian dari lagu yang menjadi pilihan dalam artikel ini. Seperti biasa jika bercakap mengenai karya P.Ramlee, berkajang-kajang kertas pun belum tentu dapat menghuraikan sepenuhnya. Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas...itulah antara pepatah yang sesuai mengambarkan karya malar segar seniman agung ini.

Lirik Anak Ku Sazali - P. Ramlee
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Friday, 18 May 2012
Insan Seni Yang Tiada Pengganti
Kebanyakkan
yang membicarakan tentang insan bernama P. Ramlee ini tidak kiralah samada
melalui buku-buku, akhbar, bual bicara oleh seseorang di televisyen dan banyak
lagi ialah mengenai peribadinya, suka duka hidupnya, tentang lagu dan filemnya
dan banyak lagi yang lainnya semua menjurus kepada peribadi P. Ramlee.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa P. Ramlee sebenarnya lebih dari itu.
Kelebihan P. Ramlee bukannya setakat sebagai penyanyi, pemuzik, pencipta lagu,
pelakon, pengarah, penulis skrip dan penghibur tetapi lebih dari itu P. Ramlee
adalah seorang insan yang penuh dengan jiwa seni, insan yang penuh dengan jiwa
pemikir dan juga insan yang penuh dengan jiwa kreatif.
Kelebihan
P. Ramlee sebagai insan seni dapat dilihat melalui lagu2 nyanyian dan ciptaannya,
lirik2nya dan kebolehannya bermain alat2 muzik. Kita dapat lihat kebanyakkan
lagu2 P. Ramlee sampai sekarang masih lagi kekal dinyanyikan, masih lagi
terngiang2 di ingatan dan mudah diingati dan difahami. Ini kerana lagu2 P.
Ramlee diciptakan dengan penuh berseni lahir dari jiwa seorang insan seni. Ia
juga kerana lagu2 P. Ramlee dicipta dengan penuh penghayatan dan lagu2nya juga
mampu bertahan disebabkan lebih bersifat evergreen (malar segar).
P. Ramlee juga mahir dalam bermain alat2 muzik. Beliau dikatakan boleh bermain biola, gitar, piano serta organ secara sederhana dan pandai juga tentang nota muzik. Antara keempat-empat instrumen itu beliau dikatakan lebih cekap bermain biola. Apabila kita mendengar muzik2nya melalui lagu2nya, kita mendengarnya semacam susunan muziknya kena dengan lagu2 dan lirik2nya. Itulah yang dinamakan P. Ramlee sebagai insan seni yang berbakat dan terhebat dan sukar di cari ganti.

Thursday, 17 May 2012
Sarjan Hassan
"Bapanya meninggal dunia Hassan Cuma baru berusia 10 tahun. Pemergian ibunya lebih awal dari bapanya. Bekas majikan bapanya Hassan merasa simpati atas nasib Hassan lalu mengambilnya di bawah jagaan beliau. Tetapi, kehadirannya tidak disenangi oleh Aziz, anak majikan tersebut. Kelakuan hasad dengki dan tidak puas hati dibawa-bawa sehingga mereka dewasa dimana Hassan sering dibuli oleh Aziz dan Buang.
Tetapi dalam diam seorang anak gadis bernama Salmah telah jatuh cinta dengan Hassan yang semakin menambah kemarahan Aziz. Apabila WWII tiba di tanah Malaya, “Askar Melayu” mencari sukarelawan yang sanggup menyertai mereka. Aziz serta Hassan masing-masing berkeinginan untuk menyertai tetapi cuma Aziz yang dibenarkan pergi menyertai dan Hassan dipaksa menjaga tanaman bapa angkatnya.
Disebabkan itu orang-orang kampung Hassan memanggilnya penakut dan menyebabkan dia melarikan diri dari kampung itu untuk menjadi seorang askar. Setelah menyertai Hassan telah membuktikan bahawa dirinya seorang askar yang cukup berkebolehan dimana dia dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. Apabila tentera Jepun menyerang Malaya, Hassan serta rakan-rakan yang lain berjuang bermati-matian membela Negara. Malah Hassan juga telah menyelamatkan Aziz dimana ketika itu dia menjadi seorang POW.
Di kampung lain pula ceritanya dimana Buang telah mengkhianati orang-orangnya sendiri dan menyertai tentera Jepun sebagai Kempeitai. Buang menggunakan kuasanya untuk mengacau bilau kampung itu dan cuba memaksa Salmah untuk mengahwininya. Masihkah ada masa untuk Hassan menyelamatkannya?"
Sarjan Hassan merupakan sebuah filem yang memaparkan pelbagai unsur kekeluargaan, kemerdekaan dan semangat berpasukan. Nilai-nilai ini sebenarnya membina masa hadapan anak-anak bangsa untuk lebih menghargai apa yang ada disekeliling kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan sentiasa bermusuhan sesama sendiri kelak membinasa diri. Cintailah negara kita kerana Malaysia tanah tumpah darah kita.
Berikut merupakan filem lakonan Tan Sri P.Ramlee mengikut turutan huruf:
1. Abu Hassan Penchuri (1955)
2. Ahmad Albab (1968)
3. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
4. Aloha (1950)
5. Anak Bapak (1968)
6. Anak-ku Sazali (1956)
7. Anjoran Nasib (1952)
8. Antara Dua Darjat (1960)
9. Antara Senyum Dan Tangis (1952)
10. Bakti (1950)
11. Bujang Lapok (1957)
12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
13. Chinta (1948) (Filem pertama)
14. Dajal Suchi (1965)
15. Di Belakang Tabir (1969)
16. Do Re Mi (1966)
17. Doktor Rushdi (1970)
18. Enam Jahanam (1969)
19. Gelora (1970)
20. Gerimis (1968)
21. Hang Tuah (1956)
22. Hujan Panas (1953)
23. Ibu (1953)
24. Ibu Mertuaku (1962)
25. Jangan Tinggal Daku (1971)
26. Juwita (1951)
27. Kanchan Tirana (1969)
28. Keluarga 69 (1967)
29. Labu Dan Labi (1962)
30. Laksemana Do Re Mi (1972) (Filem terakhir)
31. Love Parade (1963) (Pelakon undangan keluaran Shaw BrothersHong Kong)
32. Madu Tiga (1964)
33. Masam Masam Manis (1965)
34. Melanchong Ke Tokyo (1964)
35. Merana (1954)
36. Miskin (1952)
37. Musang Berjanggut (1959)
38. Nasib (1949)
39. Nasib Do Re Mi (1966)
40. Nasib Si Labu Labi (1963)
41. Nilam (1949)
42. Noor Asmara (1949)
43. Nujum Pak Belalang (1959)
44. Pancha Delima (1957)
45. Panggilan Pulau (1954)
46. Patah Hati (1952)
47. Penarek Becha (1955)
48. Pendekar Bujang Lapok (1959)
49. Penghidupan (1951)
50. Perjodohan (1954)
51. Putus Harapan (1953)
52. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
53. Rachun Dunia (1950)
54. Ragam P Ramlee & Damaq (1964)
55. Sabarudin Tukang Kasut (1966)
56. Se Merah Padi (1956)
57. Sedarah (1952)
58. Sejoli (1951)
59. Seniman Bujang Lapok (1961)
60. Sarjan Hassan (1958)
61. Sesudah Suboh (1967)
62. Siapa Salah (1953)
63. Sitora Harimau Jadian (1964)
64. Sumpah Orang Minyak (1958)
65. Takdir Illahi (1950)
66. Tiga Abdul (1964)
cuba hayati sejenak babak dlm filem p.ramlee...dialog sudin..
ramli : hey sudin..nih baca nye nih apa macam nih..baca nye..
sudin : alif mim nun wau...alif tendang wau..sarkis...daa..
ajis : apa daa sarkis...
ramli : aii..tulis gitu punya panjang, baca nye sikit sarkis?
sudin : itu yg panjang tu bunga saja..yg sikit tu la sarkis..tak reti?
ramli : tulis pakai bunga?
sudin : abis...takkan hutang saje pakai bunga..?
SUDIN : ALIF MIN NUN WAU (AMNO) alif tendang wau...sarkis!!!! ;D

P. Ramlee & Saloma Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Politik & P.Ramlee
walaupun sudah 36 tahun P Ramlee meninggalkan
persada seni, namun namanya terus popular, malah turut digemari oleh
anak-anak generasi millenium, walaupun kebanyakan filem yang disiarkan
hanyalah hitam putih.
Walaupun P Ramlee berkarya dan berlakon pada era 1950-an sehingga awal 1970-an, namun kebanyakan filem-filem beliau boleh dijadikan contoh realistik sepadan dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat moden hari ini.
Hakikatnya, sebahagian besar intipati mesej yang dibawakan oleh P Ramlee dan rakan-rakan karyawan waktu itu, memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, negara, pemerintah dan golongan istana. Namun keberanian dan kebenaran mesej yang disampaikan oleh P Ramlee sudah tidak wujud kepada karyawan filem mahupun drama yang ada hari ini.

Kuala Lumpur pada
ketika itu masih lagi dalam kategori kampung. Pengangkutan awam masih
terkebelakang, tiada bangunan pencakar langit, tiada televisyen, tiada
handphone, jauh sekali internet. Namun, P Ramlee mempunyai minda
terkehadapan dalam membentuk dan menyampaikan mesej yang berani kepada
masyarakat melalui filem lakonan dan arahan beliau. P Ramlee berani
memaparkan sketsa mengenai kezaliman dan ketidakadilan Sultan atau
pemerintah, ketidakadilan hakim, sikap berat sebelah pihak berkuasa,
ketamakan penguasa atau golongan peniaga, penindasan terhadap golongan
miskin dan banyak lagi.
Filem 'Hang Tuah' mempunyai mesej yang mendalam
mengenai ketaatan rakyat walaupun golongan Istana berlaku tidak adil.
Lawak dalam filem 'Nujum Pak Belalang' memaparkan ada Raja yang sanggup
bertaruh (dalam konteks sekarang berjudi), filem 'Laksamana Do Re Mi'
misalnya memaparkan bagaimana hancurnya kerajaan negara 'Dua Butir'
akibat kezaliman Menteri Fasola, juga bagaimana keuntungan berlipatganda
diraih hasil jualan 'hamba abdi' seperti dalam filem 'Tiga Abdul'.
Sidang bawah Dewan Undangan Negeri Perak yang diadakan di bawah pokok,
ditamsilkan kini seumpama arahan Raja negara 'Dua Butir' kepada memanda
menteri dan laksamana yang kehilangan kuasa akibat kezaliman perampas
kuasa yang tamak.
Hakikatnya, sebahagian besar intipati mesej yang dibawakan oleh P Ramlee dan rakan-rakan karyawan waktu itu, memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, negara, pemerintah dan golongan istana. Namun keberanian dan kebenaran mesej yang disampaikan oleh P Ramlee sudah tidak wujud kepada karyawan filem mahupun drama yang ada hari ini.
Hari ini kita tidak
akan dapat melihat ketidakadilan pihak istana, walaupun mungkin ia
benar-benar wujud. Kita tidak akan dapat menyaksikan kezaliman penguasa,
khususnya polis dan kita tidak sesekali akan dihidangkan bagaimana
ketidakadilan undang-undang.
Jika kita menonton filem Hindustan,
karyawan mereka lebih berani, mempunyai minda yang terbuka untuk
memperjuangkan hak rakyat dan mempamer jenayah golongan penguasa.
Malangnya, minda masyarakat hari ini 'dimandomkan' oleh filem dan drama
yang stereotaip. Semuanya pengampu dan pemuji penguasa.
Filem
dan drama kita hanya membawa masyarakat dikhayalkan dengan hiburan
kosong dan menjadi 'pak turut' sahaja. Kemajuan dan teknologi moden
hanya diaplikasikan dalam proses pembikinan filem, bukan kepada
pembentukan minda.
Hakikat ini hanya menjelaskan bahawa minda karyawan
zaman 1950-an hingga 1970-an seperti P Ramlee, jauh lebih matang dan
terkehadapan. Karya-karya P Ramlee juga mempunyai pengaruh yang besar
dalam politik negara, sehingga kebanyakan dialog dan babak dalam
filemnya secara sinikal dan dijadikan bahan perbandingan.
Keberanian
beliau berkarya dengan lawak bersahaja tetapi mempunyai mesej yang
tersirat menyebabkan walaupun sudah 36 tahun meninggal dunia, beliau
tetap dikenang sebagai seorang seniman agung. P Ramlee berani membuka
minda masyarakat Melayu khususnya, pada tahun 1950-an hingga awal
1970-an, namun kebelakangan ini unsur-unsur sebegini sudah semakin
lenyap.
Lirik Lagu Tolong Kami Bantu Kami - P. Ramlee
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)
Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)
Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)
Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami yatim piatu
Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia (2X)
Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)
Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela

Tuesday, 15 May 2012
Siapakah Idola P. Ramlee?
Dia adalah salah seorang daripada jutaan peminat Allahyarham Tan Sri
P.Ramlee. Meminati seniman ini bukan ketika sudah tahu mengenal dunia, tetapi
sejak kanak-kanak lagi. Sehinggakan kehidupannya sedikit sebanyak dipengaruhi
oleh seniman agung itu.
Dilahirkan pada tahun 1983, di sebuah hospital terpencil di sebuah daerah
di Batang Padang. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di sana sehinggalah tahun
2001. Setelah itu dia melanjutkan pelajarannya ke Ipoh, demi menyahut cabaran
yang telah diberikan kepadanya. Kini pengajiannya hampir tamat tidak lama lagi.
Dan dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri untuk berbakti dengan apa yang
ada padanya.
Sejak dari kecil lagi, dia telah didedahkan dengan filem hitam putih.
Oleh kerana selalu menonton filem P.Ramlee, dia pernah meletakkan cita-citanya
untuk menjadi sehebat P.Ramlee. Tetapi apabila dia sedar akan kekurangan yang
ada, lalu mengubah fikirannya. Namun begitu, minatnya dalam seni muzik tidak
pernah padam.
Minatnya yang mendalam, Dia sanggup menghabiskan wang yang ada demi
mengumpul khazanah yang tidak ternilai baginya itu. Baginya mungkin senang
untuk mengumpulnya sekarang. Tetapi di masa yang akan datang, adakah kualitinya
akan sama seperti sekarang? Sedangkan sekarang pun kualitinya sudah berkurangan.
Ataupun masih bolehkah kita mendapatkan khazanah-khazanah P.Ramlee? Itulah yang
sering difikirkannya.
Bagi menghargai jasa seniman agung itu, maka telah diabadikan sebahagian
cerita dan juga kisah di dalam laman ini. Harapannya, biarlah generasi baru tahu
akan siapakah itu P.Ramlee.
Dialah Ahmad Nakhaie bin Md Nangin. Menjadi harapannya juga, untuk
melihat bahan dan juga khazanah lagenda ini akan terus terpelihara.
Pujangga pernah
berkata, "Biar
malaikat datang mengundang, tidak gentar untukku pulang. Kuucapkan selamat
pergi, jangan sesekali ditangisi. Kerana diriku adalah insan kerdil, yang akan
hidup di alam yang kecil. Teruskanlah perjuangan, sekali melangkah berundur
jangan. Kudoakan semoga kita beroleh kemenangan
Konsep 1 Malaysia di dalam Filem P. Ramlee
Baru- baru ini, admin ada mengunjungi satu blog yang menceritakan tentang konsep 1 Malaysia yang diaplikasikan dalam kebanyakkan file P. Ramlee. Di sini admin akan sertakan post tersebut. Selamat Membaca!
Allahyarham berjaya memperpaduankan rakyat Malaysia duduk bersama-sama menonton karyanya, walaupun di mana mereka berada. Semua bangsa tinggal di Malaysia mengenali P.Ramlee dan mereka tetap menontoni filemnya walaupun sering diulangtayang. Ini adalah kesan penerapan nilai perpaduan di dalam filem yang sangat merakyat sifatnya, sehingga beliau seringkali digambarkan sebagai hero perfileman dunia Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.
Jika filemnya mempunyai versi bahasa Inggeris dan dapat ditontoni oleh negara luar terutama mazhab hollywood, barangkali P. Ramlee dikenali seluruh dunia. Sudah tentu karyanya turut dikaji dan diperbahaskan di menara gading luar negara, sehingga namanya berdiri sama tinggi dengan pengarah agong sebagaimana D. W. Griffith, Sergey Eisenstein, Mizoguchi Kenji, dan beberapa nama hebat dalam bidang perfileman.
Pengukuran kepakaran P. Ramlee dan filemnya bukanlah dari segi sambutan tayangan box officenya, tetapi pemikiran, persoalan dan falsafah yang dipaparkan dalam karyanya cukup bertembungan dengan kehidupan manusia sejagat. Hampir kesemua filemnya bertitik tolak daripada pelbagai aspek kehidupan sosio budaya, ekonomi, kebudayaan yang merangkumi adat dan falsafah kehidupan bermasyarakat. Filem-filemnya yang memenangi anugerah, kesemuanya bersendikan historical poetics kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan keturunan.
Dalam artikel yang serba ringkas ini tidak dapat dinyatakan secara total filem-filemnya yang menyangkutkan isu-isu perpaduan iaitu masalah sosialisasi rakyat Malaysia, namun kita dapat merenungi ketajaman fikirannya yang sangat kehadapan. Walaupun, Allahyarham tidak meninggalkan harta kekayaan untuk diwarisi keturunannya, tetapi masyarakat semua mewarisi pendidikan dalam filemnya. Sebagaimana yang dilakukan oleh Sergey Eisenstein, beliau seorang pengarah dan guru iaitu mendidik manusia dengan filemnya. Justeru, slogan “Satu Malaysia” sebenarnya telah diasimilasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia melalui filem tanpa kita sedari yang mana bertembungan dan sangat relevan dengan idea YAB Perdana Menteri kita yang dikasihi turut mempunyai pemikiran yang jauh dan terkehadapan. Tahniah.
Sesungguhnya, kesempurnaan seseorang melakukan kerja-kerja seninya merupakan satu ibadah. Allahyarham pernah berkata; kerja seni adalah kerja Allah, oleh itu perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Itu adalah unggapan beliau apabila mengaitkan kerja-kerja seni dengan pembabitannya dalam dunia perfileman. Keikhlasan beliau dalam menghasilkan filemnya, dipamerkan dalam setiap kisah masyarakat sebagai cerminan sebenar masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmonis dan perpaduan erat sebagaimana pepatah Melayu: ibarat aur dan tebing, kuku dan isi, peha kanan tercubit, peha kiri turut terasa. Justeru, bulat air, kerana pembentung, bulat kata, kerana bermaufakat.
♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦
Nama sebenar ialah Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad Hanafiah, Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA, UiTM. Setekat ini beliau telah mentranskripsi filem P. Ramlee sebanyak 40 judul. Bahan tersebut adalah untuk kajian dan penyelidikannya bagi ijazah Doktor Falsafah. (Konsep Satu Malaysia amat luas pengertiannya, namun dalam artikel ini cuma menggaitkan dalam elemen perpaduan kaum sahaja.)
SATU MALAYSIA: VISUALISASI DALAM FILEM P. RAMLEE
Sebuah
filem menjadi agong dan mendapat sanjungan serta kekal di sanubari
audiens adalah kerana menggauli pelbagai kaum di dalamnya. Jalinan dan
ayaman perwatakan pelbagai kaum sesebuah filem mendarjatkannya sebagai
karya masterpiece. Sebuah karya masterpiece disenangi dan
dipuja oleh audiens berbagai keturunan dan sasarannya. Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee tidak secara langsung mengangkat filem sebagai aset milik
negara, malah semua bangsa menganggap filem P. Ramlee sebagai khazanah
filem mereka, kerana penampilan mereka menyumbang bakti perkembangan
filem Melayu.
Filem: Bujang Lapok |
Tugas
P. Ramlee menyatupadukan semua bangsa dalam filemnya, ternyata berkesan
sehinggakini. Buktinya tayangan yang berulangan memukau semua bangsa
tanpa jemu. Justeru, memperpaduankan semua bangsa dalam filem, P. Ramlee
ternyata berjaya dan beliau sudah dianggap menjadi pemimpin masyarakat
dengan caranya sendiri. Slogan “Satu Malaysia” turut berputik dalam
pemikiran filemnya. Antara filem yang menerapkan nilai perpaduan secara
sinis ialah “Gerimis” yang dibintangi kaum India iaitu Chandra
Shanmugam, V.I. Stanley dan beberapa lagi. Paparan watak dalam lakonan
tersebut sangat berkesan memperlihatkan perkahwinan campur di antara
orang India dengan orang Melayu. Di peringkat awal kelihatan ada
tentangan, tetapi akhirnya perkahwinan mereka direstui apabila
memperolehi pertalian darah iaitu anak. Begitu juga dalam filem Sesudah
Subuh, menampilkan watak-watak masyarakat majmuk seperti, Juliana, Vera
Wee, Hoow Thye Chong, H.S.Gill, Sivapakiam Dhramal linggam dan V. I.
Stanley. Begitu juga dalam filem Sergeant Hassan, seperti; Capt. John
Gray R.M.R, Capt. David Downe R.M.R dan beberapa lagi.
Filem: Pendekar Bujang Lapok |
Menyatupadukan
watak-watak berbilang bangsa dalam filemnya adalah tugas yang rumit dan
sangat besar. Walaupun Allahyarham tidak mempunyai pendidikan tinggi
dalam bidang perfileman tetapi boleh mengatasi mereka yang memiliki
ijazah bidang tersebut dalam pembikinan filem. Isu yang ingin diutarakan
di sini, ialah perpaduan sememangnya telah lama bertapak dalam jiwa
orang Melayu, dan P. Ramlee memasukkan elemen-elemen perpaduan dalam
filemnya kerana peranan mereka menegakkan kekuatan filem tersebit
sehingga diminati pelbagai bangsa. Hampir semua filemnya mencapai
tayangan boxoffice bukanlah daripada sokongan orang Melayu seratus peratus, sebaliknya semua bangsa.
Memetik
sebuah filem P. Ramlee memaparkan pelbagai bangsa dipertaruhkan untuk
menegakkan perpaduan dalam nada dialognya. Umpamanya, dalam filem
“Seniman Bujang Lapok” dalam babak ketika Ramli, Sudin dan Aziz ingin
mintak kerja menjadi pelakon. Berikut sorotan dialognya: Kata Ali; “Ini
macam punya muka mahu jadi filem star ka?” Jawapan Singh, bersahaja; “Lu pun satulah! Baru orang mintak kerja lu macam-macam cakap. Apa macam lu punya bangsa mahu maju?” Ali terasa disindir dan terus menjawap untuk menutup kelemahannya. Ali: “Allah, Singh lu bahasa sama gua nampak ni, Singh”. Singh: “Bukan bahasa. Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan. Apa salah kita makan sama-sama”.
Dialog tersebut menggambarkan betapa. bangsa lain perihatin kehidupan
sejagat yang memperlihatkan nada perpaduan dan toleransinya.
P.
Ramlee mewarnai peribadi gemilangnya setelah tidak ada di alam maya.
Hampir semua filem Melayu, Allahyarham tetap menyumbang karyanya
walaupun beliau tidak berlakon. Karyanya mencakupi semua aspek seperti
senikata lagu, melodi, cerita, lakonlayar, nyanyian, gubahan musik dan
arahan. Gelaran seniman Agong terangkat sendiri dengan karya berbisanya
dalam semua katogeri itu. Gelarannya bukan sekadar diterimanya tetapi
melekat di sanubari peminatnya. Tidak ada pengarah lain sehebatnya yang
boleh melakukan serba-serbi menghasilkan karya filem.
Filem P. Ramlee merupakan multimedial narrative
memperlihatkan segala sudut persembahan di mata audiens. Mata audiens
tertumpu setiap mise en scene yang digarap dalam sesebuah filem.
Sesebuah filem menjadi dayatarikan mengarahkan perhatian audiens
melihatnya sebagai satu dunia lain yang perlu dimergertikan. Dari sudut
falsafah, filem mempunyai teras penceritaan tersendiri memisahkannya
daripada genre sastera seperti novel yang menumpukan pengertian dalam
bentuk prosanya. Namun, kebahasaan dalam multimedial naratifnya turut
menjadi tarikan tersendiri yang kekal dalam pengucapan dialog dan
perwatakan.
Filem: Antara Dua Darjat |
Filem P. Ramlee menggarap grand argument
dalam pemikirannya dan ditaburkan dalam rencah permasalahan perpaduan
“Satu Malaysia” dengan perwatakan dan penceritaannya. Perwatakan dan
perceritaan ini menakhodakan kisah yang ditalimali dengan pelbagai isu
selari dengan masalah semua kaum seperti dalam filem “Seniman Bujang
Lapok”, Ramli dapat menyelesaikan pembalahan di antara suami-isteri
berketurunan India yang bergaduh di waktu subuh cuma hanya menghadapi
masalah remeh iaitu mengenai najis anak mereka. Begitu juga perkahwinan
campur dalam filem Gerimis yang tidak disenangi oleh semua
kaum. Tetapi hakikatnya sememang berlaku dalam kehidupan realiti yang
dapat diterjemahkan oleh P. Ramlee dalam paparan yang cukup menarik
sehingga dapat menyatukan keluarga ini dalam keharmonian setelah
menerimanya sebagai satu falsafah kehidupan iaitu perpaduan adalah
dimestikan. Ertinya, P. Ramlee secara tidak langsung menerapkan nilai
perpaduan masyarakat “Satu Malaysia” digambarkan dalam filemnya sebagai
karya masterpiece. Karya masterpiecenya tidak hanya ditontoni,
malahan dikaji dan diteliti ke akar umbi kesan pengajaran daripadanya.
Kita bukan bermaksud mengangkat karyanya berlebih-lebihan, tetapi secara
telus dan jujur sememang tidak ada karya sezaman dengannya dan mutakhir
dapat menandinginya, apalagi menyainginya.
Allahyarham berjaya memperpaduankan rakyat Malaysia duduk bersama-sama menonton karyanya, walaupun di mana mereka berada. Semua bangsa tinggal di Malaysia mengenali P.Ramlee dan mereka tetap menontoni filemnya walaupun sering diulangtayang. Ini adalah kesan penerapan nilai perpaduan di dalam filem yang sangat merakyat sifatnya, sehingga beliau seringkali digambarkan sebagai hero perfileman dunia Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.
Jika filemnya mempunyai versi bahasa Inggeris dan dapat ditontoni oleh negara luar terutama mazhab hollywood, barangkali P. Ramlee dikenali seluruh dunia. Sudah tentu karyanya turut dikaji dan diperbahaskan di menara gading luar negara, sehingga namanya berdiri sama tinggi dengan pengarah agong sebagaimana D. W. Griffith, Sergey Eisenstein, Mizoguchi Kenji, dan beberapa nama hebat dalam bidang perfileman.
Pengukuran kepakaran P. Ramlee dan filemnya bukanlah dari segi sambutan tayangan box officenya, tetapi pemikiran, persoalan dan falsafah yang dipaparkan dalam karyanya cukup bertembungan dengan kehidupan manusia sejagat. Hampir kesemua filemnya bertitik tolak daripada pelbagai aspek kehidupan sosio budaya, ekonomi, kebudayaan yang merangkumi adat dan falsafah kehidupan bermasyarakat. Filem-filemnya yang memenangi anugerah, kesemuanya bersendikan historical poetics kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan keturunan.
Dalam artikel yang serba ringkas ini tidak dapat dinyatakan secara total filem-filemnya yang menyangkutkan isu-isu perpaduan iaitu masalah sosialisasi rakyat Malaysia, namun kita dapat merenungi ketajaman fikirannya yang sangat kehadapan. Walaupun, Allahyarham tidak meninggalkan harta kekayaan untuk diwarisi keturunannya, tetapi masyarakat semua mewarisi pendidikan dalam filemnya. Sebagaimana yang dilakukan oleh Sergey Eisenstein, beliau seorang pengarah dan guru iaitu mendidik manusia dengan filemnya. Justeru, slogan “Satu Malaysia” sebenarnya telah diasimilasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia melalui filem tanpa kita sedari yang mana bertembungan dan sangat relevan dengan idea YAB Perdana Menteri kita yang dikasihi turut mempunyai pemikiran yang jauh dan terkehadapan. Tahniah.
Sesungguhnya, kesempurnaan seseorang melakukan kerja-kerja seninya merupakan satu ibadah. Allahyarham pernah berkata; kerja seni adalah kerja Allah, oleh itu perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Itu adalah unggapan beliau apabila mengaitkan kerja-kerja seni dengan pembabitannya dalam dunia perfileman. Keikhlasan beliau dalam menghasilkan filemnya, dipamerkan dalam setiap kisah masyarakat sebagai cerminan sebenar masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmonis dan perpaduan erat sebagaimana pepatah Melayu: ibarat aur dan tebing, kuku dan isi, peha kanan tercubit, peha kiri turut terasa. Justeru, bulat air, kerana pembentung, bulat kata, kerana bermaufakat.
♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦
Nama sebenar ialah Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad Hanafiah, Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA, UiTM. Setekat ini beliau telah mentranskripsi filem P. Ramlee sebanyak 40 judul. Bahan tersebut adalah untuk kajian dan penyelidikannya bagi ijazah Doktor Falsafah. (Konsep Satu Malaysia amat luas pengertiannya, namun dalam artikel ini cuma menggaitkan dalam elemen perpaduan kaum sahaja.)
copy n paste dari blog wiramanja.blogspot.com
Thursday, 10 May 2012
Tipah: Cik Jamil masih lagi balik kat rumah awak?
Hasnah: Apa pulak tak balikTipak: Hai, setahu saya bukan kah Jamil dah ceraikan awak.Hasnah: Bila masa pulak Abg Jamil ceraikan saya? Setahu saya cik tipah tue yg diceraikan.Tipah:Tidak....Cik jamil masih lagi balik kerumah.Hasnah: Hai jangan-jangan kita ni masih bermadu lagi tak?Tipah: Nasib baik kat rumah orang kalau tidak saya kerja-kerjakan awakHasnah: Oooo sebelum awak nak kerja kan saya...saya korek biji mata awak.Tipah: Amboi dah dirampas laki kita. Biji mata kita dia nak korek
Masihkah anda ingat dialog ini? Ini penulisan seni, sedap didengari. Penulisan yang berseni ini telah meraih hati berjuta-juta penonton. Bukan sahaja di Malaysia malah seluruh negara. Beliau bukan sahaja sekadar seniman malah satu fenomena. Beliau satu antara berjuta.
Seni itu bukan sekadar satu persembahan. Seni itu satu luahan hati. Hargailah seni sebagai satu warisan budaya kita.
Kata-Kata Tan Sri P.Ramlee
"Salah satu daripada rahsia kejayaan dalam segala lapangan ialah memberi apa yang dihajatkan ramai dan bukan memaksa ramai menerima yang kita fikirkan. The public is always right."
"Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya."
On the short film 'Damaq' part of 'Ragam P Ramlee' (1965)
"Damaq' memang satu daripada tiga jenis hidangan yang akan menghiasi 'Ragam' saya. Saya tidak mengarah lebih awal kerana beberapa sebab walaupun lakon layarnya sudah disiapkan dalam tahun 1963. Sebab pertama, skrip yang saya cipta itu mementingkan watak yang mengikut tilikan saya hanya tepat dan sesuai untuk Kasma Booty. Tapi Kasma tidak dapat dibawa ke Singapura kerana sibuk dalam filem keluaran Studio Merdeka. Sebab kedua, 'Damaq' mementingkan latar belakang yang susah didapatkan kalau penggambaran di sekitar Singapura. Dan sebab ketiga, 'Damaq' adalah satu kisah drama lama yang lahir dari ilham Allahyarham H M Rohaizad. Banyak kali dipentaskan di radio, sandiwara dan televisyen. Dan untuk menghasilkan keistimewaan yang luar biasa ini memerlukan masa yang panjang."
On the film 'Sabarudin Tukang Kasut' / 'Sabarudin The Cobbler' (1966)
"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggung jawab."
On the film 'Do Re Mi' (1966)
"Apabila saya buat cerita komedi, skrip saya miskin dengan kata bual. Segala-galanya itu akan dibuat 'on the spot' (secara spontan)."
On the film 'Keluarga 69' / 'Family 69' (1967)
"Filem ini bukan saja ingin menggeletek hati penonton ketawa dengan gara-gara jenaka, menangis dengan gambaran dramanya tetapi juga ingin menarik perhatian penonton terhadap banyak perkara hidup yang disunting dari alam kenyataan untuk manjadi bahan fikiran. Kerana, hanya dengan mengetahui akibat sesuatu perkara yang buruk itu saja, keinsafan akan menjelang."
On the film title for 'Kanchan Tirana' (1969)
"Kanchan berasal dari perkataan Sanskrit. 'Kanchana' bererti emas dan 'Tirana' ialah perkataan Sanskrit juga bermaksud cahaya. Kalau hendak perkataan Sanskrit sepenuhnya ia menjadi Kanchana Tirana. Saya ubah sedikit untuk mudah disebut dan menarik bunyi menjadi 'Kanchan Tirana'."
Wednesday, 9 May 2012
Berikut adalah lagu yang pernah dicipta, digubah ataupun dinyanyikan oleh P.Ramlee yang setakat ini yang telah diketahui. Atau dengan kata lain, lagu yang pernah direkodkan.
- Aci Aci Buka Pintu
- Aduh Sayang
- Aduhai Sayang
- Ahmad Albab
- Ai Ai Twist
- Aku Bermimpi
- Aku Debuk
- Aku Menangis
- Aku Tak Berdaya
- Aku Terpesona
- Ala Payong
- Alam
- Alam Di Tiup Bayu
- Alam Maya
- Alangkah Indah Di Waktu Pagi
- Alhamdulillah
- Ali Baba Rock
- Alunan Biola
- Anak-Ku Sazali
- Aneka Ragam
- Angin Malam
- Apa Guna Berjanji
- Apabila Kau Tersenyum
- Apek Dan Marjina
- Asmara Bergelora
- Asmara Datang Bersama Sang Bulan
- Asmara Murni
- Assalamualaikum
- Awan Mendung Telah Tiba
- Awas-awas Jangan Tertawan
senarai anugerah yang pernah diterima P.Ramlee sepanjang riwayatnya
- 1945 - Tempat ketiga Pertandingan Menyanyi Radio Pulau Pinang.
- 1946 - Juara Pertandingan Menyanyi Keconchong Pulau Pinang.
- 1946 - Tempat kedua Pertandingan Menyanyi Radio Pulau Pinang.
- 1947 - Juara Pertandingan Menyanyi Radio Pulau Pinang.
- 1951 - Bintang Pujaan Malaya - Indonesia .
- 1952 - 'Pelakon Terbaik', 'Filem Terbaik' ('Antara Senyum Dan Tangis'), 'Filem Pujaan' ('Juwita').
- 1953 - 'Filem Terbaik' ('Hujan Panas'), 'Pelakon Terbaik', 'Filem Pujaan Malaya' ('Antara Senyum Dan Tangis'), 'Filem Pujaan Malaya - Indonesia' ('Antara Senyum Dan Tangis'), 'Bintang Pujaan Malaya - Indonesia'.
- 1953 - 'Seniman Tahun 1953', 'Filem Terbaik' ('Hujan Panas')
- 1953 - 'Bintang Radio Lelaki'
- 1956 - Festival Filem Asia, Hong Kong - Pengubah Lagu Terbaik.
- 1956 - 'Seniman Terbaik', 'Pengarah Terbaik', 'Pengubah Lagu Terbaik', 'Biduan Terbaik', 'Filem Terbaik' ('Semerah Padi'), 'Filem Terbaik Kedua' ('Anak-ku Sazali').
- 1956 - 'Filem Melayu Terbaik' ('Penarek Becha'), 'Pengarah Terbaik', 'Seniman Terbaik', 'Lagu Terbaik' ('Inang Baru').
- 1957 - 'Terpilih untuk tayangan' ('Hang Tuah').
- 1957 - 'Pelakon Lelaki Terbaik'
- 1958 - 'Seniman Lelaki Terbaik', 'Filem Terbaik' ('Sumpah Orang Minyak'), 'Lagu Terbaik Kedua'.
- 1959 - 'Filem Komidi Terbaik' ('Pendekar Bujang Lapok').
- 1960 - 'Filem Paling Popular ('Pendekar Bujang Lapok'), 'Fotografi Hitam Putih Terbaik' ('Nujum Pak Belalang') .
- 1960 - 'Filem Sukaramai' ('Pendekar Bujang Lapok'), 'Teraju Sukaramai'), 'Seniman Utama', 'Lagu Sukaramai'.
- 1960 - 'Filem Komidi Terbaik.' ('Nujum Pak Belalang').
- 1962 - 'Calon untuk Filem Komedi Terbaik' ('Seniman Bujang Lapok')
- 1962 - 'Ahli Mangku Negara'
- 1964 - 'Filem Komidi Terbai' ('Madu Tiga') .
- 1965 - 'Anugerah Istimewa ('Ibu Mertua Ku').
Antara dialog-dialog yang melucukan dalam filem p.ramlee heheheh
PENDEKAR BUJANG LAPUK
Ajis : Alkisaaaaahhh
Sudin : Tayiiibbbb
Ajis : Alkisah maka tersebutlah kisahhhhh....
Sudin: Tayiiiibbbbbb
Ajis: Sang kancil datang beramai-ramai mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan Firauuuunnn..
Ramlee: Mana Firaunnn pakai sultaaaannnn....
Ajis: Entaaaahhhh...!!
SENIMAN BUJANG LAPUK
Sudin: Eii ramlieeee...... nak carik kerja keee.. nak jual minyakk..
Ajis: minyak apeeee...
Sudin: Minyak uraaaatttt....
Cik Salmah: Ehh.. cik ramliee.. nak carik kerja tu, ada duit ke tidak?
Ramlee: Adaaaa cik salmah.. adaaa.......... tak adaaaaa...
Ajis: erk... Alamaaaakkkk... malunyaa akuuuuuuuuuuuu...
Cik salmah: (hulur duit RM10) amik ler
Ramlee: tak payah laa cik salmah....
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: tak payah... bapak saya baru hantar dari Hong Kong...
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: tak payah laa cik salmah....
Sudin: alaaahhh..... orang dah bagi tu, kebahh aja lerrrrr...
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: saya bilang tak payah.. tak payah... (sambil rampas duit RM10 tu dari tangan cik salmah)
Ramlee: Jom..
Sudin: baru dapat duit 10 ringgit kan?... kita naik teksi...
Ramlee: Apa kau pikir duit nie bapak kau yang punya ke?
Ajis: Alahhh.. kita naik beca roda tiga sudahlah......
Sudin: pelok.........
THE IMPORTANCE OF FAMILY BONDING THAT BEING HIGHLIGHTED IN P RAMLEE MOVIES
“Sedangkan
lidah lagi tergigit
Apa
pula suami isteri”
Did u ever heard of this song?
Let me refresh you from where the song
came.
Remember the 3 Abdul movie which the movie
told about how the Abdul Wahub being cheated by both his brother. On his
brother foulness which later had makes Abdul Wahub who has the pure heart
willing to married Ghasidah in order to give revenge back to Sadiq Segaraga.
After that, he did make some lesson to his brothers by make them as his and
Ghasidah maid.
This story had told us the lessons about
the importance of family values in one’s life and also had highlighted the
importance of the love and passion feeling towards committed relationships.
Like what happen to the Abdul Wahab and Hamidah and Abdul Wahib and Rafidah,
which had married just because on their father greediness. After that marriage
both of them had follow what their father told them and did cheat to their
husband.
As we know in Islam the importance of obey
to husband should being put on the first place. This is the mistake that being
made by both Hamidah and Rafidah. Later, the Abdul Wahub and Ghasidah partner
did make another partners realizes the importance of the passionate in the
marriage and how the obey attitude will made the marriage become work if it
being applied by both parties.
Thursday, 19 April 2012
P.Ramlee The Musical
This Blog is part of the requirements for PRO 527 course. P.Ramlee The Musical is a make-believe theater and is used only for the purpose of this subject.
Subscribe to:
Posts (Atom)