Tuesday, 15 May 2012

Siapakah Idola P. Ramlee?


Dia adalah salah seorang daripada jutaan peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Meminati seniman ini bukan ketika sudah tahu mengenal dunia, tetapi sejak kanak-kanak lagi. Sehinggakan kehidupannya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh seniman agung itu.

Dilahirkan pada tahun 1983, di sebuah hospital terpencil di sebuah daerah di Batang Padang. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di sana sehinggalah tahun 2001. Setelah itu dia melanjutkan pelajarannya ke Ipoh, demi menyahut cabaran yang telah diberikan kepadanya. Kini pengajiannya hampir tamat tidak lama lagi. Dan dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri untuk berbakti dengan apa yang ada padanya.

Sejak dari kecil lagi, dia telah didedahkan dengan filem hitam putih. Oleh kerana selalu menonton filem P.Ramlee, dia pernah meletakkan cita-citanya untuk menjadi sehebat P.Ramlee. Tetapi apabila dia sedar akan kekurangan yang ada, lalu mengubah fikirannya. Namun begitu, minatnya dalam seni muzik tidak pernah padam. 

Minatnya yang mendalam, Dia sanggup menghabiskan wang yang ada demi mengumpul khazanah yang tidak ternilai baginya itu. Baginya mungkin senang untuk mengumpulnya sekarang. Tetapi di masa yang akan datang, adakah kualitinya akan sama seperti sekarang? Sedangkan sekarang pun kualitinya sudah berkurangan. Ataupun masih bolehkah kita mendapatkan khazanah-khazanah P.Ramlee? Itulah yang sering difikirkannya.

Bagi menghargai jasa seniman agung itu, maka telah diabadikan sebahagian cerita dan juga kisah di dalam laman ini. Harapannya, biarlah generasi baru tahu akan siapakah itu P.Ramlee.
Dialah Ahmad Nakhaie bin Md Nangin. Menjadi harapannya juga, untuk melihat bahan dan juga khazanah lagenda ini akan terus terpelihara.

Pujangga pernah berkata, "Biar malaikat datang mengundang, tidak gentar untukku pulang. Kuucapkan selamat pergi, jangan sesekali ditangisi. Kerana diriku adalah insan kerdil, yang akan hidup di alam yang kecil. Teruskanlah perjuangan, sekali melangkah berundur jangan. Kudoakan semoga kita beroleh kemenangan



No comments:

Post a Comment