Thursday 17 May 2012

Sarjan Hassan


"Bapanya meninggal dunia Hassan Cuma baru berusia 10 tahun. Pemergian ibunya lebih awal dari bapanya. Bekas majikan bapanya Hassan merasa simpati atas nasib Hassan lalu mengambilnya di bawah jagaan beliau. Tetapi, kehadirannya tidak disenangi oleh Aziz, anak majikan tersebut. Kelakuan hasad dengki dan tidak puas hati dibawa-bawa sehingga mereka dewasa dimana Hassan sering dibuli oleh Aziz dan Buang.
 
Tetapi dalam diam seorang anak gadis bernama Salmah telah jatuh cinta dengan Hassan yang semakin menambah kemarahan Aziz. Apabila WWII tiba di tanah Malaya, “Askar Melayu” mencari sukarelawan yang sanggup menyertai mereka. Aziz serta Hassan masing-masing berkeinginan untuk menyertai tetapi cuma Aziz yang dibenarkan pergi menyertai dan Hassan dipaksa menjaga tanaman bapa angkatnya.


Disebabkan itu orang-orang kampung Hassan memanggilnya penakut dan menyebabkan dia melarikan diri dari kampung itu untuk menjadi seorang askar. Setelah menyertai Hassan telah membuktikan bahawa dirinya seorang askar yang cukup berkebolehan dimana dia dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. Apabila tentera Jepun menyerang Malaya, Hassan serta rakan-rakan yang lain berjuang bermati-matian membela Negara. Malah Hassan juga telah menyelamatkan Aziz dimana ketika itu dia menjadi seorang POW.


Di kampung lain pula ceritanya dimana Buang telah mengkhianati orang-orangnya sendiri dan menyertai tentera Jepun sebagai Kempeitai. Buang menggunakan kuasanya untuk mengacau bilau kampung itu dan cuba memaksa Salmah untuk mengahwininya. Masihkah ada masa untuk Hassan menyelamatkannya?"



Sarjan Hassan merupakan sebuah filem yang memaparkan pelbagai unsur kekeluargaan, kemerdekaan dan semangat berpasukan. Nilai-nilai ini sebenarnya membina masa hadapan anak-anak bangsa untuk lebih menghargai apa yang ada disekeliling kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan sentiasa bermusuhan sesama sendiri kelak membinasa diri. Cintailah negara kita kerana Malaysia tanah tumpah darah kita. 

1 comment:

  1. Mummys Gold Casino Review & Bonus Code - JtmHub
    The casino is owned and 포항 출장샵 operated by Mummys Gold 남양주 출장안마 Limited 부산광역 출장마사지 and operated 파주 출장샵 by Mr. John Pears Casino. Mummys Gold Casino also offer their 순천 출장안마 players a wide range of games

    ReplyDelete