Friday, 18 May 2012

Insan Seni Yang Tiada Pengganti


Kebanyakkan yang membicarakan tentang insan bernama P. Ramlee ini tidak kiralah samada melalui buku-buku, akhbar, bual bicara oleh seseorang di televisyen dan banyak lagi ialah mengenai peribadinya, suka duka hidupnya, tentang lagu dan filemnya dan banyak lagi yang lainnya semua menjurus kepada peribadi P. Ramlee.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa P. Ramlee sebenarnya lebih dari itu. Kelebihan P. Ramlee bukannya setakat sebagai penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pelakon, pengarah, penulis skrip dan penghibur tetapi lebih dari itu P. Ramlee adalah seorang insan yang penuh dengan jiwa seni, insan yang penuh dengan jiwa pemikir dan juga insan yang penuh dengan jiwa kreatif.

Kelebihan P. Ramlee sebagai insan seni dapat dilihat melalui lagu2 nyanyian dan ciptaannya, lirik2nya dan kebolehannya bermain alat2 muzik. Kita dapat lihat kebanyakkan lagu2 P. Ramlee sampai sekarang masih lagi kekal dinyanyikan, masih lagi terngiang2 di ingatan dan mudah diingati dan difahami. Ini kerana lagu2 P. Ramlee diciptakan dengan penuh berseni lahir dari jiwa seorang insan seni. Ia juga kerana lagu2 P. Ramlee dicipta dengan penuh penghayatan dan lagu2nya juga mampu bertahan disebabkan lebih bersifat evergreen (malar segar).

P. Ramlee juga mahir dalam bermain alat2 muzik. Beliau dikatakan boleh bermain biola, gitar, piano serta organ secara sederhana dan pandai juga tentang nota muzik. Antara keempat-empat instrumen itu beliau dikatakan lebih cekap bermain biola. Apabila kita mendengar muzik2nya melalui lagu2nya, kita mendengarnya semacam susunan muziknya kena dengan lagu2 dan lirik2nya. Itulah yang dinamakan P. Ramlee sebagai insan seni yang berbakat dan terhebat dan sukar di cari ganti.

No comments:

Post a Comment